jadi engkau yang patut,
yang patut
memberiku segala..
....
lagu yang sangat comel.oke .
oh ya,hari ini aku mahu bicara tentang .gadis
mari kita ulang tayang berita di dada2 akhbar KOSMO duatiga hari ni kan ;
gadis hilang semasa beli topup .
gadis 15 tahun hilang .
gadis hilang,disahkan lari ikut teman lelaki .
dan hai,
aku gadis juga .tapi harap maklum,aku
gadis TUA .dan MASKULIN
.

maskulin,kan ?
gaaaaaaaaaadiss .ku
aku tahu rasanya kenapa kau buat macam tu .
aku rasa aku tahu .
umur aku enambelas tahun ini dan
aku mengaku umur lingkungan limabelas enambelas ni memang sukarr .
kau,akan ada masalah cinta.yang pertama
kau akan ada konflik dalam pergaulan dengan rakan2.yang kedua
ibu ayah .yang ketiga
keempat .siblings maybe .
dan lima .kau akan ada konflik dengan diri sendiri .
hati dan akal kau akan berperang banyak di waktu ni .
masa limabelas,aku pernah leka dan hampir2 gagal.
gila .aku kata memang gila
leka itu memang seronok .
ikut hati,mati orang kata .dan itu betul
tapi ikut hati tu rasanya memang sedap,kan?
sampai kita boleh abaikan kata akal yang sedang bermati-matian nak merasionalkan kita balik .
sedap dan seronok tu tak kekal lama .kau pun tahu
memang kau boleh lari hari ni,
kau ikutlah pakwe kau yang konon sanggup buat apasaja tu .
ikutlah.
tapi rasa berdosa pada mak ayah akan iringi kau sepanjang masa .
itu pasti .
mak ayah memang tak adil
mak ayah memang suka cari salah kita
mak ayah memang suka marah kita
mak ayah memang suka perli-perli kita
mak ayah memang selalu buat kita terasa hati TAPI
kita memang tak mampu nak lawan SEBAB,
dia MAK dan,dia AYAH .
kau cakaplah apa-apa pun,
kenyataan diorang mak dan ayah kita memang tak boleh diubah .
ada tali yang tersimpul mati yang mengikat kita dan mak ayah kita dalam bentuk paling halus .
cakaplah benci pun,
tali tu takkan terlerai senangsenang.
umur kau lingkungan limabelas enambelas .
enambelas tahun lama kau duduk bawah mak ayah tak pernah terpisah.
enambelas tahun.
belanja dibagi
masih sekolah, tak kerja lagi
pergi balik belajar mak ayah hantar tiap hari .
sampai rumah dah terhidang makan tengahari .
baju dibasuhkan,barang dibelikan
keperluan disediakan,selengkap yang mereka mampu.
enam belas tahun lama kau ulang bendabenda ni .
sama tiap hari
tibatiba kau ambil keputusan lari ikut teman lelaki .
konon makan hati .tension duduk rumah asyik kena tegur tak berenti
rimas
nak lapangkan hati,kan?
makin sempit dada rasa lagi ada.
sebab tu lepas lapanbelas baru kita dibenar belajar berdikari
cuba hidup sendiri
keluar dari rumah belajar cari rezeki
pisah dengan mak ayah duduk universiti .pisah dengan famili
semua tu LEPAS LAPANBELAS
bebas .
mak ayah beri sayap,minta kau BELAJAR terbang sendiri.
lepas lapan belas baru kau NAK BELAJAR hidup sendiri .
sekarang ni,enambelas .
kau tak sempat belajar apa pun lagi,dah nak berlari
tersungkurlah
jawabnya nanti .
p/s;kalau keluar dari rumah sebab tacing dengan mak ayah tu benda halal,dah lama aku buat tau.
oh,ayu sedikit yang ni .